BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 28 Disember 2010

PeRiHaL bLOg

salam 

lama rasanya ku tinggalkan blog nie tanpa ber'tuan'
maklumlah sejak dua mejak nie ke ' bizi' an melanda diri
tapi tak kisah lah bukan nya tak biasa pun
pada awal-awal penubuhan blog nie pun
aku pernah lupakan kewujudan nya
sehingga lah waktu aku mengingati nya kembali
dan saat itu aku hampir2 lupa passwrd..2 pun dengan beberapa kali cubaan..huhu
bukan bermaksud aku mudah melupakan sesuatu yang pernah menjadi milik ku
tapi kerana faktor persekitaran,waktu dan yang berkaitan dengannya
membuat kan   aku terpaksa berbuat demikian..


sebenarnya disini lah aku suka melepaskan lelah yang terasa..
aku menulis kerana  minat dan hobi 
bukan paksaan dari mana-mana pihak
kalau ada paksaan semata pun
jika ia bukan datang dari diri sendiri
takde makna pun..


"niat tidak dapat menghalalkan cara"(ada kaitan ker.huhu..apa-apa jelah)


bukan sesuatu yang melalaikan jika ia bermanfaat
meskipun bukan tuk orang lain.
tapi aku buat tuk diri sendiri
dan itulah kepuasan yang kurasa
paling kurang aku dapat mengisi masa dengan berfikir
untuk menulis kita perlu berfikir seketika
mengatur perkatan-perkataan menjadi satu ayat yang lengkap 
mencari satu idea pokok tuk satu tulisan@entry didalam blog
bukankah itu  bermula dengan berfikir...!!!!
tp itu hanya pendapat peribadi,'mungkin lain padang lain belalang"


sekian..wasalam


##    tulisan lewat malam yang belum kelam

Khamis, 2 Disember 2010

mEnCari SeSuAtu..

salam ...


aku suka memerhati
suka  menilai
suka mentafsir
tapi aku tak pasti adakah
pemerhatian dan penilaian serta tafsiran...
aku  itu betul
kadang-kadang aku salah dan silap didalam nya
aku  mencari sumber ilmu
agar aku bisa kukuhkan
moga  apa yang ku cari 
tidak terpesong dek kerana keegoan
dan nafsu yang menguasai diri dan minda
jika aku salah
izinkan aku memperbetulkan
supaya ia menjadi benar
jika aku cetek AGAMA
izinkan aku mendalaminya dengan kata yang sebenar-benarnya
supaya aku tidak terpesong  pada akidah yang sebetul-betulnya


nasihat dengan akal
pujuk dengan hati..


aku berdoa moga kebaikan milik kita bersama,
tanpa sengketa berlanjutan
tanpa betikam lidah
tanpa membuahkan pahit di hati..

kita tidak selalu benar,kita tidak selalu menang dan kita tidak selalu di atas
adakala  Allah menguji supaya kita tidak terlalu riak...
di kala itu kita memerlukan rujukan ,bersendirian  muhasabah diri
kala itu,hati memujuk kebenaran dan kemenangan hanya milik ALLAH
tidak hanya bijak dan petah berkata-kata
kalau hanya sekadar tidak mahu mengaku salah dan kalah.




sekadar renungan sejenak semoga dijauhkan kita dari berada dalam golongan ini..amin
dalam muhasabah kita banyak belajar
memperbaiki salah silap diri
dan berdoa lah semoga kita istiqomah
moga Allah diakhir hidup kita sebagai husnul khatimah

Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:

a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Rabu, 24 November 2010

uKhwwAh FisAbiLillAh

kita semua mempunyai sahabat,kawan dan teman kan.tidak pun begitu,kita sendiri merupakan sahabat kepada sahabat kita…



Sebenarnya  pengalaman banyak mengajar aku menjadi insan yang bergelar sahabat.untuk menjadi sabahat kita dahulu mesti meletakkan diri kita sebagai sahabat..

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk sebenarnya,dan sebagai tarbiyyah kepada kita..cara Allah menegur salah kita dengan memberi ujian sebagai peringatan supaya kita sedar  akan hakikat kesalahan tersebut.
Betul lah setiap yang terjadi pasti ada hikmah nya kan..sekurang-kurang nya buat kita berfikir akan kesilapan sendiri.jika dibiarkan berlarutan.sesungguhnya mungkin kita masih tidak menyedari kesilapan sendiri dan akan kekal dalam kesilapan  yang sama .

Kita mudah berkawan dan berkenalan ,punya ramai kawan, teman  dan sahabat d cc,tetapi tak ramai yang boleh menjaga hubungan itu supaya kekal  lama.

 Dan dalam sesebuah perhubungan  persahabatan,sememangnya kita manusia bukan  sempurna,kadang kadang kita terlupa akan hakikat tersebut…..kerana ketidaksempurnaan tersebut lah kita juga  tidak akan pernah tidak melakukan kesilapan .hatta dalam menjalinkan ikatan ukhwah sesama kita.,pasti kadang kala tercipta selisih faham.

 menjalinkan ikatan ukhwwah yang diredhai oleh Allah.bertemu dan berpisah kerana Allah.


ukhwwah..



"Sahabat...

Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...

Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta...

Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...

Jika antara kita ada tembok yg memisahkan,
Ajaklah aku untuk meruntuhkannya segera...

Jika pernah hati mu terluka,
Luahkanlah agar aku berubah...


Ahad, 14 November 2010

2nd CoNteSt : This is My faMily




contest yang dianjurkan oleh blogger munnyra:
klik sini

2nd contest : This is my family








yang menarik nya contest nie coz ia berkaitan dengan family.so nak cuba join sekali la
sambil-sambil 'memperbanyakkan" penyertaaan..hehe..



ini keluarga besar saya..semua ada,nenek,ma,abah,ibu n bapa saudara
adik-beradik,dan para-para sepupu..
pic nie diambil masa my older sis kawin(bulan 6 2010).
dan beliau merupakan cucu sulung dan yang
1st kahwin dalam ahli keluarga kami..
paling best sal pic nie coz semua ahli keluarga kami ada,dari yang senior sehingga lah
yang paling junior.





Khamis, 11 November 2010

peRubaHan



##zaman dah berubah
##masa bergerak mengikut perubahan
##manusia turut mengalami perubahan

perubahan-perubahan ini harus berlaku
supaya kita tidak berada di takuk yang lama
biar pun kadang -kadang perubahan itu menyakitkan
yang pasti perubahan tetap terjadi


contoh selalu kita dengar:

"dia sudah berubah ,tidak seperti dulu"

"zaman dah berubah,,kita harus bergerak dengan lebih pantas...
siapa yang lambat dia akan dipintas

tapi perubahan yang bagaimana harus benar-benar terjadi..
jika hati dan minda masih samar dalam penilaian tersebut.


tidak perlu melihat perubahan dalam ruangan @ konteks yang luas
pandang lah diri sendiri dalam mentafsir erti sebenar perubahan








biar jadikan diri mengadunkan 4 menu

  • doa
  • senyum
  • ambil berat
  • kasih sayang

tafsir lah mengikut kefahaman ,bertindaklah dengan panduan,
moga perubahan positif itu lah yang didambakan
kebaikan dan pedoman buat semua..
bukan hanya dunia semata tetapi akhirat sana turut dihitung amalannya

Rabu, 10 November 2010

SpEed TeSt

33 perkataan

Speed test

keputusan.....masih boleh di ubah dengan berusaha....ya hwaiting()

Kamu mencapai 175 markah, jadi kamu berada di posisi 3873 dari 11917 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 230 aksara seminit
you mendapat 33 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah

Selasa, 26 Oktober 2010

JAwaPan seWajArnYa




sebenarnya dalam kehidupan kita,sering kali kita diuji dengan
persoalan yang menghendaki kita tuk memilih antara dua..

aqu masih ingat kata seorang cikgu pada ku dan teman-teman

"pada suatu saat kita akan diuji dengan satu pilihan yang paling sukar
untuk kita memberi jawapan"

aku diam..buntu barangkali

"dan setiap dari kita pasti akan tempuhi mungkin hari ini,esok...."sambungnya


setelah hari berganti hari
setelah bulan berganti bulan
setelah tahun berganti tahun
dan orbit terus pada paksi nya
sehingga satu detik yang pasti
ia akan terhenti....

hari ini aku masih hidup menghirup nyamannya bumi Tuhan
menjalani apa yang telah ditakdirkan dan ditetapkan oleh NYA


setelah bermonolong seketika

aku kembali pada kenyataan...

terpaksa membuat satu pilihan antara dua
dan persoalan yang terlalu objektif..
hanya dua (ya @ tidak)

A - ya
B - tidak

kalau tidak mampu menjawab ya @ tidak
pilih je antara A @ B
yang pada hakikatnya tetap sama

walau pada dasarnya terlihat mudah dan terlalu simple present tense(huhu)
tapi tiada seorang yang mampu menjawab nya semudah itu

bak kata orang
"diluah mati mak
ditelan mati bapa"

begitulah seumpamaanya.

jadi apa harus dilakukan,...
tepuk dada tanya iman
mungkin kita akan memilih jawapan yang betul
dan mungkin tu lah jawapan yang sewajarnya
cuma memerlukan sedikit kekuatan tuk membuat keputusan..