BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 26 Oktober 2010

JAwaPan seWajArnYa




sebenarnya dalam kehidupan kita,sering kali kita diuji dengan
persoalan yang menghendaki kita tuk memilih antara dua..

aqu masih ingat kata seorang cikgu pada ku dan teman-teman

"pada suatu saat kita akan diuji dengan satu pilihan yang paling sukar
untuk kita memberi jawapan"

aku diam..buntu barangkali

"dan setiap dari kita pasti akan tempuhi mungkin hari ini,esok...."sambungnya


setelah hari berganti hari
setelah bulan berganti bulan
setelah tahun berganti tahun
dan orbit terus pada paksi nya
sehingga satu detik yang pasti
ia akan terhenti....

hari ini aku masih hidup menghirup nyamannya bumi Tuhan
menjalani apa yang telah ditakdirkan dan ditetapkan oleh NYA


setelah bermonolong seketika

aku kembali pada kenyataan...

terpaksa membuat satu pilihan antara dua
dan persoalan yang terlalu objektif..
hanya dua (ya @ tidak)

A - ya
B - tidak

kalau tidak mampu menjawab ya @ tidak
pilih je antara A @ B
yang pada hakikatnya tetap sama

walau pada dasarnya terlihat mudah dan terlalu simple present tense(huhu)
tapi tiada seorang yang mampu menjawab nya semudah itu

bak kata orang
"diluah mati mak
ditelan mati bapa"

begitulah seumpamaanya.

jadi apa harus dilakukan,...
tepuk dada tanya iman
mungkin kita akan memilih jawapan yang betul
dan mungkin tu lah jawapan yang sewajarnya
cuma memerlukan sedikit kekuatan tuk membuat keputusan..

Isnin, 25 Oktober 2010

HayaTi..

Renungan

Untuk manusia mencapai sebaik-baik

balasan di akhirat , disyaratkan tiga perkara :

Niat yang ikhlas , amal yang baik dan iman yang teguh.

maksud ayat 19,surah Al-Israk

Selasa, 12 Oktober 2010

DeWAsa (dalam menjalani hidup ini)



Anda tentunya dewasa dan matang bila :

  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita
  • Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur








tidak lagi seperti anak-anak kecil yang hanya tahu menangis @merengek jika kehendak nya tidak dipenuhi

sungguh kedewasaan itulah yang mengejar kita erti kematangan yang sebenar

sesungguhnya sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa izin dari NYA
dan pasti ada hikmah tersirat disebaliknya.










Isnin, 4 Oktober 2010

mAlaS uNtUk BicAra


terasa letih semua anggota nie
dengan kerja yang tak pernah habis
terasa penat juga otak tuk terus berfikir dan berfikir
memandang jauh diluar jendela yang menjanjikan ketenangan
melepas pandang pada ciptaan yang ESa
sungguh aku pen'gagum ciptaan Mu Tuhan
disitu lah pendamai keresahan ku

nak tersenyum pun terasa kelat dan pahit
letih tuk senyum dalam kepura-puraan
sengaja tidak mahu menyakitkan hati sesiapa
biarlah sendiri menanggung kedukaan
aku lebih selesa begitu

bukan ego yang kupertahankan
kadang-kadang aku resah sendiri
dengan pelbagai persoalan di kotak minda nie
apa lagi yang tak terluah...huhu

biar ku sendiri merawat kesakitan ini
kerana ku percaya bisa membendung sendiri
tanpa sesiapa di cc
kerana ku lebih yakin
kepada PENCIPTA ku sendiri..

DIA yang menciptaku
mungkin DIA lebih taw situasi ku ini
ini mungkin ujian buatku
untuk mengukuh iman dan kental nya jiwa ini