BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 2 Disember 2010

mEnCari SeSuAtu..

salam ...


aku suka memerhati
suka  menilai
suka mentafsir
tapi aku tak pasti adakah
pemerhatian dan penilaian serta tafsiran...
aku  itu betul
kadang-kadang aku salah dan silap didalam nya
aku  mencari sumber ilmu
agar aku bisa kukuhkan
moga  apa yang ku cari 
tidak terpesong dek kerana keegoan
dan nafsu yang menguasai diri dan minda
jika aku salah
izinkan aku memperbetulkan
supaya ia menjadi benar
jika aku cetek AGAMA
izinkan aku mendalaminya dengan kata yang sebenar-benarnya
supaya aku tidak terpesong  pada akidah yang sebetul-betulnya


nasihat dengan akal
pujuk dengan hati..


aku berdoa moga kebaikan milik kita bersama,
tanpa sengketa berlanjutan
tanpa betikam lidah
tanpa membuahkan pahit di hati..

kita tidak selalu benar,kita tidak selalu menang dan kita tidak selalu di atas
adakala  Allah menguji supaya kita tidak terlalu riak...
di kala itu kita memerlukan rujukan ,bersendirian  muhasabah diri
kala itu,hati memujuk kebenaran dan kemenangan hanya milik ALLAH
tidak hanya bijak dan petah berkata-kata
kalau hanya sekadar tidak mahu mengaku salah dan kalah.




sekadar renungan sejenak semoga dijauhkan kita dari berada dalam golongan ini..amin
dalam muhasabah kita banyak belajar
memperbaiki salah silap diri
dan berdoa lah semoga kita istiqomah
moga Allah diakhir hidup kita sebagai husnul khatimah

Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:

a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

0 ulasan: