BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Februari 2011

KaU KawAN yanG MeNyEnaNgkaN?

kau kawan yang menyenangkan?
hanya dengan bicara manis dan tutur kata yang terindah
namun betulkah hati mu kawan turut mengiyakan
atau sekadar dusta semata
lupakah kau kawan?
lidah memamg suka berdusta
jika tidak masak kan di akhirat nanti
lidah tidak akan bisa menjadi saksi perbuatan manusia..


kawan  jika dulu kau berjanji setia bersama selamanya
namun janji itu kau mungkiri
namun percaya lah aku tidak pernah menyesali mengenali mu kawan
walaupun ku tahu ia sudah berakhir
dan lupakah kau kawan?
hidup dunia ini memang tiada yang berkekalan
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Sabtu, 19 Februari 2011

YaNg leBih meNgetAhUi


diari hati



Tuhan ,sungguh ku dambakan  hidayah dari MU,sebagai pelembut jiwa,mendidik hati menjadi hamba dalam erti kata sebenarnya

Lantaran sakit ku rasai kini, Izinkan sebagai penghapus dosa..kelak nanti ku mudah menginsafi yang kurang dari perbuatanku.

KAU mengujiku, pasti dengan sesuatu yang ku mampu, kerana Kau Maha Tahu apa yang terbaik untukku.

KAU memberi atau mengambil kembali, agar terhapus dariku rasa memiliki, dan kembali menyedari bahawa pada-Mu akan ku kembali.

KAU mendatangkan gembira atau memberikan duka, agar hatiku tidak kotor dek rasa bangga, dan tunduk merendah pada-Mu dalam semua perkara.

KAU mendugaku dengan ujian, agar diriku lebih teguh beriman, dan lebih kerap menadah tangan, memohon pada-Mu wahai Tuhan.

KAU sahaja yang Maha Bijaksana, mengatur hidupku dengan sempurna, meski diriku kerap terlupa, namun kasih-Mu tak pernah pudar.

Sungguh ampuananMU ku damba dalam meniti hidup ini, merintih kerana debu dosa takut  akhir disana  nanti penuh penyesalan tiada sudahnya.

Jangan KAU biarkan diri hamba terus terleka,,terus berpaling,pimpin daku menuju syurga MU yang kekal abadi.jangan biarkan ku berpaling  hanya dengan sedikit ujian dari MU.

Isnin, 14 Februari 2011

Maulidur Rasul SAW 1432H/ 2011M

Salam Maulidur Rasul SAW.



selawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w.mari sama-sama umat islam,kita memperbanyakan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W..semoga dengan berkat izin Allah dapat menerima   syafaat  nabi di akhirat kelak.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Rasulullah S.a.w pernah bersabda,
 "untuk setiap nabi ada doa (khusus) yang dikabulkan Allah dan aku akan menyimpannya sebagai syafa'ah untuk umatku di akhirat".

Di Padang Mahsyar nanti, tidak ada siapa yang tahan bersesak-sesak bergelumang dengan peluh yang membanjir di bawah terik dan bahang matahari yang sejengkal di atas kepala sementara menunggu dibicarakan di mahkamah Rabbul Jalil.
Masing-masing mengharapkan syafaat atau pertolongan daripada para nabi dan rasul, tetapi hanya Nabi Muhammad s.a.w. yang diizinkan oleh Allah untuk memberi syafaat.






selain itu:-
Untuk mudah mendapatkan syafaatnya, amalkanlah sunnah-sunnah nabi, walaupun yang kecil-kecil.
Ikut cara pakaian nabi, akhlak nabi dan suruhannya.
  • Nabi bila solat tidak pernah memakai baju lengan pendek sentiasa tutup kepala dan kain/seluarnya tidak lebih dari paras buku lali. 
  • Nabi selalu berserban dan berjubah putih. Serban jenis yang dililit di kepala bukan seperti orang Arab pakai sekarang  (yang seperti tudung perempuan).
  • Nabi makan di atas lantai, bukan di meja dan menjilat jari lepas makan.
  • Akhlak mulia Rasulullah SAW mengikut acuan AL-QURAN..

    1. Pemaaf, mengajak pada kebaikan dan berpaling dari orang jahil (QS Al A'raaf(7):199)

    2. Menegakkan keadilan dan kebaikan serta mencegah perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan (QS An Nahl(16):90)

    3. Penyabar (QS Lukman (31):17)

    4. Suka memaafkan dan memberi kesempatan (QS Al Maaidah (5):13)




Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya

Isnin, 7 Februari 2011

ceRitA Cuti..(bAlik kaPum)



seminggu cuti balik kapum(kelate)..besh plak asanya cuti kali nie..apa tak besh nya kalau dah hari-hari ley kuar jalan-jalan,takde lah lepak kat umah je..dah lama asanya tak kuar jalan-jalan tenangkan fikiran.sebelum nie sibuk nge kerja je..kalau masa belajar sibuk nge belajar,dah kerja  sibuk nge kerja plak..mana ada masa nak rest2 nie.

yang besh nya sebab ley lepak nge kawan-kawan..lama asa tak jumpa nge diorang nie..sekali jumpa 2 banyak plak benda nak dibuatnya..
tak sangka perkenalan yang hanya sekejap dulu,masih terjalin sampai ke hari ini..(kira-kira sudah 6@7 tahun- gak lah).


jarang sebenarnya berpeluang jumpa dengan dua sahabt ku nie.cuti kali ini,dengan izin Allah ,dapat gak kami berkumpul  bersama.


jalan-jalan ambil angin dipantai,mendengar bunyi ombak memukul pantai dan deruan angin lembut menghempas badan,sejuk damai terasa dari dasar hati ,memberi sedikit ketenangan saat itu,,walaupun sebentar namun puas menikmati keindahan ciptaan Allah,tiada yang kurang setiap yang datang dari NYA.pastinya memberi manfaat walaupun sedikit .


dah puas ambil angin kat pantai,kami jalan-jalan cari makan lah plak,..
menikmati kesedapan somtam..time kasih pada shbtku su,sudi belanja kami  nie..lain kali belanja ag k..hehe

somtam

berkat nie satu pinggang kongsi  bersama.huhu

masih terasa kepedasan nya itu..huhu
lepas makan ,sebagai pelengkap jalan-jalan tu,pergi plak gedung membeli belah kat pengkaln kubor,
memang lengkap lah aktiviti menghabiskan masa bersama..

kenangan bersama tuk pertemuan kali  ini..


satu-satunya gambar bertiga.huhu
*ramai lagi  kawan-kawan lain yang aku teringin sangat nak jumpa,namun setakat nie tiada berkesempatan lg..
semoga hari itu akan tiba..INSYALLAH..




Khamis, 20 Januari 2011

TigA.......



TIGA Manusia yang paling bahagia 

  • mereka yang memiliki Hati yang meyakini bahawa Allah sentiasa bersamanya
  • Jiwa yang sabar; dan
  • Sikap Qana’ah dengan apa yang dimiliki.(Qana’ah adalah menerima pemberian Allah dengan hai ridha dan tidak risau dengan apa yang luput darinya



TIGA perkara yang dapat menghapuskan dosa adalah :

  • Menyempurnakan wudhuk; walaupun dalam keadaan terlalu sejuk 
  • Melangkahkan kaki untuk melakukan solat berjamaah; dan
  • Menunggu tibanya waktu solat yang kedua selesai mengerjakan solat yang pertama.




TIGA  hal yang dapat meninggikan darjat manusia ialah

  •  Membudayakan ucapan salam (di kalangan kaum muslim);
  • Suka memberi makan kepada tamu dan orang yang lapar; dan
  • Solat tahajjud pada tengah malam saat orang-orang sedang tidur nyenyak.



Khamis, 13 Januari 2011

PersoaLan keNapA lelAki / pereMpuaN maSih meMbujaNng

persoalan berserta jawapan..



1.”Duit dah tak ada”. Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama
2. “Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin”. Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.
3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”. Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.
4.”Tak datang seru lagi kot”. Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.
5.”Banyak sangat halangan”. Padahal diri belum bersedia.
6.”Belum bersedia la”. Padahal cukup segala syarat2 nya.
7. “Ilmu tak cukup la”. Padahal dah ada master atau PHD.
8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”.Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan tak pernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.
9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.Padahal tak reti pon nak bercinta.
10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.Padahal tak buat kerja apa pon.
11.”Busy la, banyak keje nie”. Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.
12.”Jodoh tak sampai lagi kot”.Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.
13.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.
14.”Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir”.Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.
15. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.
16.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.
17.”Lelaki nie suka pasang ramai org sangat”. Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.
18. “Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”. Padahal pentingkan diri- sendiri.
19. “Nak carik yang solehah/soleh lah”.Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.
20. “Suka yang pakai tudung labuh je”. Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.
21. “Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat”. Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.
22. “Masalah la”. Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.
23. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah….
24. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”. Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.
25. “Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit”.Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.
26. “Payah la nak jaga hati masing-masing”.Padahal makan hati banyak sangat,sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.dan sebagainya.
27. “Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat. Memang dah tak ader jodoh kot”. Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita daripada org lain,suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka berjudi, suka tikam nombor ekor dll .
30. “Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah”. Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah……………………………….

diketahui melalui sumber  disini
aku pun tgk fikir yang mana lebih tepat dengan diri sendiri..huhu
relevan juga persoalan dengan jawapan tersebut...

Sabtu, 1 Januari 2011

2011

As salam.


Alhamdulillah...masih mampu bernafas dengan kedatangan tahun baru ini..


01/01/2011(cantik no tarikh nie.)


dengan tarikh ini, bermakna kita semua akan menempuh hidup tahun baru 2011..
bagi aku tiada apa-apa yang berubah setiap menjelmanya tahun baru...yang aku tahu,aku semakin dewasa dalam menjalani hidup di bumi Allah ini..


menjelang tahun baru...semua semakin meningkat,bermula dengan usia,tanggungjawab ,amanah yang harus dipikul dan yang turut meningkat adalah kos sara hidup....dan itulah cabaran yang harus diambil..


harapan aku ,agar kita semua mampu meneruskan kehidupan ini dalam kerberktan Illahi...
jangan biarkan diri  kita lalai dengan kesenangan dan kemudahan yang kita miliki hari ini.


aku juga ingin mengucapkan salam tahun baru kepada semua.
doaku untuk semua .....
mari syukuri nikmat dari-NYA
tabah harungi ujian mendatang
cekal dalam setiap godaan  yang melemahkan
amanah  melaksanakan  tanggungjawab
jujur pada setiap tingkah laku.


semoga berbahagia dan berjaya mengharungi onak duri di hadapan hari..




tahun baru
azam baru
kehidupan yang baru.......2011


**n3 pertama di tahun baru.,dalam sibuk-sibuk pindah rumah pun,sempat lagi update blog,sengaja tidak mahu melepaskan tarikh yang cantik ini..huhu