![]() |
diari hati |
Tuhan ,sungguh ku dambakan hidayah dari MU,sebagai pelembut jiwa,mendidik hati menjadi hamba dalam erti kata sebenarnya
Lantaran sakit ku rasai kini, Izinkan sebagai penghapus dosa..kelak nanti ku mudah menginsafi yang kurang dari perbuatanku.
KAU mengujiku, pasti dengan sesuatu yang ku mampu, kerana Kau Maha Tahu apa yang terbaik untukku.
KAU memberi atau mengambil kembali, agar terhapus dariku rasa memiliki, dan kembali menyedari bahawa pada-Mu akan ku kembali.
KAU mendatangkan gembira atau memberikan duka, agar hatiku tidak kotor dek rasa bangga, dan tunduk merendah pada-Mu dalam semua perkara.
KAU mendugaku dengan ujian, agar diriku lebih teguh beriman, dan lebih kerap menadah tangan, memohon pada-Mu wahai Tuhan.
KAU sahaja yang Maha Bijaksana, mengatur hidupku dengan sempurna, meski diriku kerap terlupa, namun kasih-Mu tak pernah pudar.

Sungguh ampuananMU ku damba dalam meniti hidup ini, merintih kerana debu dosa takut akhir disana nanti penuh penyesalan tiada sudahnya.
Jangan KAU biarkan diri hamba terus terleka,,terus berpaling,pimpin daku menuju syurga MU yang kekal abadi.jangan biarkan ku berpaling hanya dengan sedikit ujian dari MU.
0 ulasan:
Catat Ulasan