BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 24 Ogos 2010

kEnAngAn RamAdhaN

pejam celik pejam celik...kita semua sudah sampai ke pertengahan bulan ramadhan untuk tahun ini...ye betul lah ramadhan datang dan pergi.disebalik itu ia meninggalkan seribu kenangan yang yang bermacam-macam yang mengundang kerinduan pada waktu tersebut..dan setiap tahun menyambut ramadhan.ia mencipta sejarah yang kepelbagaian dan tersendiri.mungkin ketika bersama keluarga ,rakan-rakan dan jiran tertangga
aku bersyukur menjadi salah satu anggota jiran tertangga di kampung guchil dahulu.mempunyai ramai jiran tertangga dan rakan sepermaian disitu.dan di kawsan itu ,kami sudah bagaikan satu keluarga yang besar,masih segar diingatan ,bulan ramadhan disitu lah,mungkin akn menjadi kenangan terindah dalam hidup ku untuk selama-lamanya.
walaupun pada bulan ramadhan dan kami(aku dan rakan2 serta merangkap anak jiran-jiran tertangga).semua berpuasa,.pada waktu petang untuk tidak' menyuyinkan' suasana ,ada sahaja aktiviti yang dirancang sementara para ibu sibuk menyiapkan juadah untuk berbuka,ada sahaja aktiviti tapi yang paling femes yang menjadi tumpuan adalah permainan layang-layang..sungguh melihat layang-layang terbang tinggi diawan biru,langit cerah dengan angin sepoi-sepoi bahasa ia menjadikan suasana waktu itu sungguh syahduh dan damai..(oh rindu nya saat itu).sesuai dengan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan itu,hati kami senang dan bahagia meski pun seharian berpuasa,namun kami keluar bersama,walaupun hanya sekadar bebual kosong sebelum masuk waktu berbuka.dan segala keletihan menahan segala rasa lapar dan dahaga lantaran puasa tersebut,hilang begitu sahaja.itulah semangat puasa zaman kanak-kanak dan awl remaja.kami tidak pernah membiarkan penat seharian berpuasa tersebut bermaharajalela dalam diri sehingga mengabaikan aktiviti petang kami.
malam nya kami memepersiapkan diri untuk ke masjid menunaikan solat tawarikh pula.biasanya aku selalu pergi dengan member kamcing aku nie. waktu malam sepanjang ramadha pun meriah.boleh dikatakan sepanjang bulan ramadhan ada lah pra-perayaan bagi kami semua.tapi semua itu sudah berlalu,dan waktu itu tidak mungkin lagi akan berulang,kerana kami semua sudah dewasa,dan cuma yang tinggal kenangan mengusik jiwa yang masih segar diingatan.
semoga setiap kali ramadhan akan membawa seribu keberkatan kepada kami semua .mungkin ini juga hadiah dari Allah buat kita sebagai hambaNya.mari lah kita sama-sama menghargai dengan beramal kepada Allah ,semoga kita mendapat keredhan dan kasih sayang Allah sehinggalah kita semua pulang menghadapNya kembali kelak..memori yang terindah juga adalah hadiah dan pemberian Allah kepada kita untuk dikenang.

Ramadan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semuga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya

0 ulasan: