BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 17 Mac 2010

KiSaH rAHsIA DI SeBaLIK SoLAt 5 WaKtU

ISLAM

Dengan menyebut Nama Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Kesejahteraan adalah milik siapa yang mengikut petunjuk.

Ali bin Abi Talib r.a. berkata :"Sewaktu Rasululullah s.a.w duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar,maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :

"Ya Muhammad,kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s yang tidak diberikan kecuali kepada para nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab".

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : 'silakan bertanya'.

Berkata orang Yahudi :'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktui yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu'.

Sabda Rasulullah s.a.w :'Sembahyang zohor jika tergelincir matahari,maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya,sembahyang asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi,sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi ADAM A.S. ,maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta seuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

'Sembahyang Isya' itu ialah yang dikerjakan oleh para rasul-rasul sebelumku,sembahyang Subuh dalah sebelum terbit matahari,ini kerana apabila matahari terbit,terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.'setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullha s.a.w. maka mereka berkata :'mmemang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad,katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang bersembahyang?"

Rasulullah bersabda :"jagalah waktu-waktu sembahyang terutama yang pertengahan,sembahyang zohor,pada saat itu nyalanya neraka Jahannam,orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahannam pada hari kiamat"

Sabda RASULULLAH S.A.W. LAGI :" Manakala sembahyang asar,adalah saat di mana Nabi Adam A.S. MEMAKAN BUAH KHULDI.Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir'.Setelah itu Rasulullah membacakan ayat yang bermaksud :'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan,sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. DITERIMA.Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

Sabda RASULULLAH S.A.W. :"Sembahyang Isya'(atamah).Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat,maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah,Alklah s.w.t haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath".

Sabda Rasulullah s.s.w seterusnya : "sembahyang Subuh pula,seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah,diberi oleh Allah S.W.T. 2 KEBEBASAN iaitu :

1.Dibebaskan dari api neraka

2.Dibebaskan dari Nifaq

0 ulasan: