BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 9 Mac 2010

ErTi kEhidUPaN





jika mempersoalkan erti kehidupan banyak tafsiran nya.dan jika ditanya pada sesiapa sahaja pasti jawapan yang sama dan mungkin berbeza tapi pada azali nya ia tetap sama
cuma mungkin yang membezakannya cara huraian tersebut..
tetapi percayalah erti kehidupan terlalu banyak untuk dirungkaikan..
yang jelasnya kita yang menghadapi nya akan tahu hal yang sebenar..
sebenarnya pergertian hidup bagi kita manusia yang mengharapkan keredhaan dan keberkatan dari Pencipta kita sendiri yang menjadi pokok utama dalam mencari erti kehidupan yang sebenar
dan...
dalam mencari erti ini lah kita diuji,dalam pelbagai dugaan dan cabaran untuk mendapat jawapan yang sebenarnya.dan inilah doa yang kita pohon agar kita kuat dan cekal dalam mencari pergertian hakiki tersebut.mungkin tidak semua yang kita harapkan menjadi satu realiti dalam kehidupan kita,walaupun pedih,sakit ,duka ,namun pasti itulah bekalan untuk kita membawa diri dalam menjelajahi kehidupan ini.


"Allah menurunkan hujan
berserta gurun dan kilat
setelah semuanya berakhir
Allah hadiahkan kita pelangi yang indah"

umpama itulah ujian dan dugaan pada mulanya namun hakikatnya nikmat yang akan dirasai pada akhirnya..itulah rahasia Allah(Pencipta Kita)

0 ulasan: