BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 29 April 2010

NAsiHaT-mEnaSihAtI

Assalamualaikum,


Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan .

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

KiSahH SEtiA SEorAnG SAhAbAt di MAlAm RayA


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz . Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

" Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!".. Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.


"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi.. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

" Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !


Isnin, 12 April 2010

SiaPa AkU YaNg SeBeNaR




Siapa aku sebenar di bumi ini.
Aku masih sendiri…
Mencari cita-cita yang belum pasti..
Mungkin pada satu masa yang pasti
Akan ku miliki….
Tapi tak siapa pun yang mengetahui,
Apa yang akan ku takluki,
Di masa depan yang hakiki,
Kerana itu hanya rahsia ILAHI.
Kini aku hanya mampu pasrahi
Dengan hanya menjalani kehidupan yg ku jajahi kini.
Mengumpul bekalan pengalaman untuk menghadapi cabaran hidup ini
Kerana ku tahu dunia ini penuh berduri
Tanpa hati-hati ku bisa ditenggelami..
Oleh luasnya laut duniawi.
Yang penuh pancarobah yang akan memakan diri,,
Aku sedar kini…………
Ku hanya insan biasa yang masih mencari….
Erti kehidupan yang abadi.

Sabtu, 20 Mac 2010

eRtI nAmE DalM PelbAgAi BaHaSa




ضوء طيف...(arabic)

や9わらかな光...(chiness)

แสง อ่อนโยน ..(.thai)

부드러운 조명이 ...(korea)

कोमल प्रकाश ..(.tamil)

Rabu, 17 Mac 2010

Cabaran DiSetiap Penjuru


melihat kepada dunia hari ini..
sememangnya ada cabaran yang perlu dihadapi dan di terokai..
antara sedar dengan tidak
kita sering tertewas dengan cabaran tersebut
dan..!!
tanpa disedari juga mungkin cabaran tersebut tidak pun disahut
cabaran ada di setiap penjuru
ketika i2 .
aku juga tidak tahu cabaran di penjuru mana yang aku terkandas
dan mungkin dengan tidak sengaja aku telah berlari dari penjuru tersebut
cuma yang perlu hanya keberanian ..
biar gagal yang pasti bangkit
biar sakit yang pasti sembuh
kerana ia bukan selamanya begi2 selagi hidup di bumi tuhan ini
cabaran pasti datang
dan cara menaganinya yang akan membuktikan kita semua terus hidup didunia sendiri..

KiSaH rAHsIA DI SeBaLIK SoLAt 5 WaKtU

ISLAM

Dengan menyebut Nama Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Kesejahteraan adalah milik siapa yang mengikut petunjuk.

Ali bin Abi Talib r.a. berkata :"Sewaktu Rasululullah s.a.w duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar,maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :

"Ya Muhammad,kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s yang tidak diberikan kecuali kepada para nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab".

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : 'silakan bertanya'.

Berkata orang Yahudi :'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktui yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu'.

Sabda Rasulullah s.a.w :'Sembahyang zohor jika tergelincir matahari,maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya,sembahyang asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi,sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi ADAM A.S. ,maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta seuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

'Sembahyang Isya' itu ialah yang dikerjakan oleh para rasul-rasul sebelumku,sembahyang Subuh dalah sebelum terbit matahari,ini kerana apabila matahari terbit,terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.'setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullha s.a.w. maka mereka berkata :'mmemang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad,katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang bersembahyang?"

Rasulullah bersabda :"jagalah waktu-waktu sembahyang terutama yang pertengahan,sembahyang zohor,pada saat itu nyalanya neraka Jahannam,orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahannam pada hari kiamat"

Sabda RASULULLAH S.A.W. LAGI :" Manakala sembahyang asar,adalah saat di mana Nabi Adam A.S. MEMAKAN BUAH KHULDI.Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir'.Setelah itu Rasulullah membacakan ayat yang bermaksud :'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan,sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. DITERIMA.Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

Sabda RASULULLAH S.A.W. :"Sembahyang Isya'(atamah).Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat,maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah,Alklah s.w.t haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath".

Sabda Rasulullah s.s.w seterusnya : "sembahyang Subuh pula,seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah,diberi oleh Allah S.W.T. 2 KEBEBASAN iaitu :

1.Dibebaskan dari api neraka

2.Dibebaskan dari Nifaq

Selasa, 16 Mac 2010

MeNGeMIs KaSIh Nazrey Johani feat. Far East


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Ya Allah…


p/s semua manusia melakukan dosa moga keampunaNya masih terbuka buat kita semua.
kasih sayang yang benar dan nyata.