BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 16 Mac 2010

MeNGeMIs KaSIh Nazrey Johani feat. Far East


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Ya Allah…


p/s semua manusia melakukan dosa moga keampunaNya masih terbuka buat kita semua.
kasih sayang yang benar dan nyata.

Isnin, 15 Mac 2010

pErsaHaBaTaN



Setiap perjalanan hidup ini kita akan bertemu dengan insan yang bergelar sahabat.kawan dan teman
dan pada detik itu kita akan sering bersama-sama
berkongsi suka duka perjalanan ini
bercerita tentang apa sahaja.... yang menunjukkan kita akrab dan mesra sebagai nilai persahabatan yang dibina dan sudah menjadi satu ikrar moga jalinan ini terus terjalin walaupun satu saat kita akan menuju pada arah yang berbeza dan saat itu kita jarang bertemu dan berkongsi cerita seperti dahulu tetapi itulah kebahagiaan yang terukir antara nilai persahabatan yang kita bina bersama moga ukhwah ini kekal dan diredhai Illahi.


Rabu, 10 Mac 2010

mEnJaGa HaTi..(moTiVaSi DiRi)


semakin jauh perjalanan semakin dekat kematian..... semakin bertambah bebanan semakin kurang pula keupayaan...... hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan..... penuh ketenangan merempuh ujian..... tuluslah dengan TUHAN...teluslah sesama INSAN.....

Selasa, 9 Mac 2010

BaiT-baIT aYaT...

Melakar Cinta Di Pintu Syurga
Album : Kompilasi Lirik Terbaik Ito Lara
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintamku dipintu syurga

Pengirim : amal
Sumber http://www.fareastmusic.com

ErTi kEhidUPaN





jika mempersoalkan erti kehidupan banyak tafsiran nya.dan jika ditanya pada sesiapa sahaja pasti jawapan yang sama dan mungkin berbeza tapi pada azali nya ia tetap sama
cuma mungkin yang membezakannya cara huraian tersebut..
tetapi percayalah erti kehidupan terlalu banyak untuk dirungkaikan..
yang jelasnya kita yang menghadapi nya akan tahu hal yang sebenar..
sebenarnya pergertian hidup bagi kita manusia yang mengharapkan keredhaan dan keberkatan dari Pencipta kita sendiri yang menjadi pokok utama dalam mencari erti kehidupan yang sebenar
dan...
dalam mencari erti ini lah kita diuji,dalam pelbagai dugaan dan cabaran untuk mendapat jawapan yang sebenarnya.dan inilah doa yang kita pohon agar kita kuat dan cekal dalam mencari pergertian hakiki tersebut.mungkin tidak semua yang kita harapkan menjadi satu realiti dalam kehidupan kita,walaupun pedih,sakit ,duka ,namun pasti itulah bekalan untuk kita membawa diri dalam menjelajahi kehidupan ini.


"Allah menurunkan hujan
berserta gurun dan kilat
setelah semuanya berakhir
Allah hadiahkan kita pelangi yang indah"

umpama itulah ujian dan dugaan pada mulanya namun hakikatnya nikmat yang akan dirasai pada akhirnya..itulah rahasia Allah(Pencipta Kita)

NoVeL KehiDuPaN

Pada hari ini manusia berlumba-lumba sesama mereka
sehingga alpa pada kedudukan asal
mereka membuat perkiran sendiri
tanpa mencari pendapat dan jawapan melalui orang lain

begini lah novel kehidupan
terlalu sulit dengan konflik yang dilalui
membuahkan persoalan -persoalan
yang menyesakkan pemikiran dan
membangkitkan berbagai emosi dalam setiap
perenggang dalam meneruskan untuk bertemu pada sebuah penghujungnya

novel kehidupan inilah yang membawa kita,
cara untuk mengatasi masalah yang terungkai setiap sudut
perjalanan....
emosi yang dibawa bukan hanya dirasai oleh watak yang memainkan peranan,
malah ia juga turut dirasai oleh pembaca sehinggalah
pada kemuncak nya .
adakah "hepi ending" @"sebaliknya",
banyak juga pengalaman dan iktibar serta nasihat yang terselit
untuk dijadikan iktibar dan menguraikan pada retetan kehidupan sendiri.

Jumaat, 13 November 2009

SuKa Dan DuKa DaLaM KehiDupaN...

suka..

emosi yang jelas membayangkan kegembiraan,kegirangan,
seribu kata boleh diertikan dan dimaksudkan
jika suka itu wujud dalam hati yang penuh pergertian
ia akan turut berkongsi mewarnai persekitaran tersebut
dan membawa kebahagian pada pada nilai-nilai kebaikan.

duka

namun disebalik suka pasti terselit @tercalit sesekali duka
sekali pun manusia tidak menginginkan ...
namun setiap jiwa pasti merasai nya
dan sudah lumrah kehidupan..
suka dan duka silih berganti..

suka dan duka dalam kehidupan..

jika inginkan pebahasan persoalan ini
setiap manusia pasti mengiyakan
pasti menyatakan kebenaran tersebut
mungkin pahit yang dirasa
tapi itulah pengalaman daripada
suka dan duka kehidupan ini.