BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 4 Ogos 2014

mAke ME StrONG

"Make Me Strong"

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Ahad, 4 Mei 2014

SepinyA malam




kemana  menghilang bayangmu wahai bulan
sepi malam jua tanpa kilauan bintang
tidak mungkin mentari mengejar bulan
kerana yang pasti siang akan menjelang

wahai malam  sunyi dalam kelam
fikiran bebas melayang
memaksa mata untuk pejam
apa lagi yang  harus diulang tayang

malam sunyi  lagi sepi
ayuh segera ke alam mimpi
jaga jiwa moga ia dibatasi
harus segar impian yang digenggami

mimpi dan realiti ?

mungkin esok bukan milikku lagi
sedari diri moga bisa nilai hati
siapa diri hanya hamba ILLAHI
kelak padaNYA kita kembali


11.00. pm
rk@blogspot:-)


Rabu, 23 April 2014

24/04/2014


24042014


Q:-)
KHAMIS=240414
11:11 AM
RA/RK



Rabu, 15 Ogos 2012

sElamAt hAri rAyA


Berada diakhir-akhir ramadhan sebelum  semua umat islam menyambut  hari raya aidilfitri pada tahun ini 2012 bersamaan dengan tahun hijrah 1433.


dalam tak ada kerja ,sempat juga design 2 sampul raya .konon nya nak ada sampul raya  rekaan sendiri lah..tapi bila print tak ada gaya sampul raya pun...HUHU. 





princess

         
upin & ipin
yang sudah tu sudah lah.sampul raya tak jadi tak bermakna tak boleh raya kan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012
WARNA TEMA HIJAU PUTIH

Khamis, 26 Julai 2012

27.07.2012 =07 RmDhn 1433

27.07.2012

7 Ramadhan 1433

hari ke-7 berpuasa 

(27 = 28)   

setiap perjalanan hidup adalah pengalaman
.musafir dibumi sebelum pulang ke tempat yang  asal yang kekal





CANTIKKAN HATI KITA

1. Yang membuat kita kuat adalah doa,
2. Yang membuat kita dewasa adalah masalah,
3. Yang membuat kita maju adalah usaha keras
4. Yang membuat kita hancur adalah putus asa
5. Yang membuat kita berseman

gat adalah harapan dan impian


selamat menjalani ibadat puasa:-)
selamat menjalani ibadat puasa:-) 





Isnin, 5 Disember 2011

gEnerAsI baRu

dua orang baru dalam keluarga kami..


atilah



syarif

lahir pada tahun yang sama(2011)cuma beza bulan jelah..
ibu dan ayah juga berbeza




Jumaat, 11 November 2011

iNilaH KeNaNgan....

6AS1
waktu dan zaman yang telah lama kita tinggalkan(zaman persekolahn)..mungkin saat ini kita semua punya kehidupan yang berbeza..kita semakin dewasa  dalam menilai setiap tingkah yang dilakukan.
mungkin tidak disaat dan waktu kita di alam persekolahan dahulu yang penuh dengan kenakalan tapi dianggap itulah satu alam yang menyeronokan.dan langsung tidak peduli apa yang bakal terjadi esoknya,yang nyata hari ini kita mesti gembira. 

hari ini jauh berbeza,kita mungkin tidak lagi bertemu mesra dan jarak yang memisahkan semuanya  tidak, seperti disaat dahulu kita sering  bertemu belajar bersama ,bergurau senda. dan semua itu kini hanya di kotak kenangan

insan-insan yang ku gelar kawan ,teman dan sahabat...dimana jua berada doa ku hanya satu tuk kalian,semoga kalian bahagia dunia dan akhirat..hidup dunia penuh cabaran dan rintangan,tapi ingat lah itulah yang mendewasakan kita semua..

11.11.11 vs 15 dz-hijjah 1432.(jummat)
tarikh hanya lah putaran nombor.







Rabu, 12 Oktober 2011

ALaSAn tIPIKaL wANITa YAnG ENggAN MEnUTuP AuRaAT





‎(¯`v´¯) 13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT
`•.¸.•´`•.¸.¸¸.•**•.¸¸❤`•.¸.¸¸.•*❤ ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤





•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

~~>copy from sahabat FB..InsyaAllah,moga ianya bermanfaat buat kita semua..amin ya Rabb..

Rabu, 14 September 2011

Tiada Duka Yang Abadi


Tiada Duka Yang Abadi 
Opick

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Rabu, 24 Ogos 2011

AkhiRnyA......

Assalamualaikum w.b.t


masa yang bergerak dan berjalan itulah jua kehidupan...
di hari-hari terakhir ramadhan,teruskan mencari keberkatan Allah dan pohon lah keampunan dariNYa
siapa tahu mungkin ini adalah ramadhan terakhir kita....


sudah puas meneliti.mencari yang sesuai dengan diri...akhirnya ku temui nya jua..huhu
telah lama mendamba untuk memilikinya...akhirnya hari ini tiba jua ia menjadi sebahagian dari hidup ini
mungkin hari-hari ku nanti akan ditemani oleh nya,mungkin setiap saat,minit dan detik ini ia akan sentiasa dekat dengan ku..


jam tangan ini yang dimaksudkan..semoga masa yang berjalan tidak dilakukan perkara-perkara yang sia-sia.


masa itu emas,dan pasti ia berharga maka hargailah dengan sebaik-baiknya


takdir untuk esok  belum pasti
yang nyata hari ini kita masih ada
mungkin esok bukan milik kita lagi
kerana itu adalah rahsia .






ini lah masa yang tidak akan berhenti..yang akan mengingatkan kita sedetik yang berlalu tidak akan bisa kembali lagi..sehingga satu saat dimana janji Allah pasti datang untuk mengakhirkan semua yang bernama kehidupan di dalam dunia ini...

semoga  Allah mengakhirkan hidup kita semua dengan baik.amin.



semoga setiap saat yang berdetik mengingatkan aku pada PENCIPTA ku

rk:hanya tinggal lebih kurang seminggu lagi,kita umat islam akan menyambut hari raya..merdeka raya(2011)..selamat menyambut merdeka raya.(",) ---senyum  adalah sedekah----

Khamis, 23 Jun 2011

BilA "ketiAdaan" keRjA..hUhU

























Jumaat, 17 Jun 2011

kUmpULan DaRAh=O

selama hidup lebih kurang 25 tahun,..baru tahu yang kumpulan darah aku adalah dalam kumpulan darah O.
saja post dalam blog nie...kira sejarah dalam kehidupan ak juga lah kan..

DARAH O
ciri-ciri golongan darah o=xtahu lah aku kalau ada sifat-sifat tertentu yang terdapat pada seseorang  yang tergolong dalam kumpulan  darah  o ini ..yang aku tahu aku low profile je..hehe

Isnin, 13 Jun 2011

iLMu peRlU dIkOnGsI

1) Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Di buat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2) Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3) Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4) Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang-orang Mukmin.

5) Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6) Orang yang sudah hilang sifat marah- dayus, cepat melahirkan sifat marah- lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali ditempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7) Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8) Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9) Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNya pula.

10) Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Selamat Beramal!!!



(Buletin Shoutul Iman)

Rabu, 1 Jun 2011

PeNgalAmaN vS kenAnGAn

Penat masih terasa ,seminggu berada di homestay felda..jauh dari kesibukan kota kuala lumpur..bukan bercuti sebenarnya tapi kerana urusan kerja yang membawa aku kesana..tapi satu pengalaman yang baru kepada aku tuk merasai dengan  turut serta dalam program kesihatan bersama-sama dengan penduduk felda itu sendiri..

Pengalaman yang aku sendiri tidak pernah terlintas difikiran selama ini..dengan kerja yang ak lalui hari ini ,betul-betul menyimpang dengan kehendah hati sebenarnya,namun tidak plak aku meletakkan satu jurang pemisah yang tidak menyeronokkan  dalam melakukan kerja hari ini..sebab aku percaya semua  pengalaman dan rezeki hari ini ,adalah anugerah pinjaman dari Allah tuk aku,syukur Alhamdulillah,sekurang-kurang sebelum aku mencari  sudut daerah lain tuk ku kutip pengalaman baru yang lain,pengalaman hari ini mengajar aku erti kehidupan dan kematangan..

Setiap daerah yang aku singgah,akan ku kutip cebisan pengalaman dan kenangan yang terselit di sudut tersebut..dan cebisan-cebisan  itulah yang membawa aku kedaerah yang lain yang penuh dengan cabaran yang tersendiri.kerana aku bukan seorang yang pelupa pada kenangan..

Masih ak teringat kata-kata seorang sahabatku disaat berkongsi rasa yang terpedam.kalaulah aku mampu menghapus kenangan pahit  ,,akan ku buang terus dari kotak minda ini,supaya tidak lagi diingat dan  dikenang,umpama laptop@sistem computer,untuk menhapus data lama,format saja dan data lama akan hilang dari system dan  akan diistall dan isi dengan system  data  dan perisian yang baru..

 Sebagai motivasi mungkin , atau sekadar  memujuk diri ini…kau bijak kawan mengurai kata membuka  ruang untuk ku mentafsir kembali kotak minda ini

 ‘ kalau lah otak dan minda kita(manusia)boleh di format seperti system perisian computer,nescaya kita tidak hidup dalam kenangan,jika kenangan itu lupus dalam ingatan,mana mampu kita belajar melalui kesilapan,sedangkan kesilapan itu berada dalam kenangan’..…sukar plak rasanya otak nie ini memproses  kebenaran yang tersirat dari kata-kata kau kawan..setahu aku ,kau bukan dari aliran sastera yang bijak bermain kata-kata….tapi dalam kesedaran  dan kembali pada dunia yang nyata,aku mengiyakan ..terima kasih kawan,kau mengajar aku bukan saja  erti persahabatan ,namun kau ajar aku erti mentafsir hidup dengan betul.

hiasan semata

Rk says….:

Apa lah yang aku bebelkan pun aku xpasti,kejap pasal kerja,masuk pengalaman dan kenangan,sahabat..huhu..:-)

Dua tiga cerita diadun menjadi satu begitulah gamok nye..:-)

Mungkin kita berkongsi pengalaman yang sama namun perceritaan nye berbeza

Simpan lah kenangan ,walaupun pahit yang dirasa dalam kehidupan hari ini,bila ia hidup dalam dunia kenangan ia mungkin menjadi satu cerita yang menarik dan manis..siapa taw kan?

Selasa, 31 Mei 2011

EnTry kOsOnG DaN sEpI....

assalamualaikum


sepi..sepi..sepi...
sudah kering idea kah sehingga membiarkan blog nie sepi tanpa entry
adakah sudah tiba masa nya untuk aku 'menghapuskan' kewujudan blog nie
dalam kehidupan maya ini..huhu


terasa sayang plak rasanya nak kalau membiarkan ia terus menghilang..hilang dan terus hilang
biar pun ditinggalkan sepi tanpa sebaris ayat..namun jika dibiarkan masih ada rasa untuk dikongsi
sama lah dengan kehidupan realiti,kadang -kadang kita  terpaksa meningggalkan sesuatu
biarlah pada mula nya terasa keberatan tersebut,namun keputusan mesti diambil  dengan penuh keyakinana
kenangan mana bisa dilupakan,selagi  minda waras masih mampu mentafsir..kerana itulah pengalaman.


begitulah manusia,terlalu mengejar kesempurnaan,sedangkan ketidaksempurnaan itulah
yang menyempurnakan manusia seadanya..





Rabu, 23 Februari 2011

KaU KawAN yanG MeNyEnaNgkaN?

kau kawan yang menyenangkan?
hanya dengan bicara manis dan tutur kata yang terindah
namun betulkah hati mu kawan turut mengiyakan
atau sekadar dusta semata
lupakah kau kawan?
lidah memamg suka berdusta
jika tidak masak kan di akhirat nanti
lidah tidak akan bisa menjadi saksi perbuatan manusia..


kawan  jika dulu kau berjanji setia bersama selamanya
namun janji itu kau mungkiri
namun percaya lah aku tidak pernah menyesali mengenali mu kawan
walaupun ku tahu ia sudah berakhir
dan lupakah kau kawan?
hidup dunia ini memang tiada yang berkekalan
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Sabtu, 19 Februari 2011

YaNg leBih meNgetAhUi


diari hati



Tuhan ,sungguh ku dambakan  hidayah dari MU,sebagai pelembut jiwa,mendidik hati menjadi hamba dalam erti kata sebenarnya

Lantaran sakit ku rasai kini, Izinkan sebagai penghapus dosa..kelak nanti ku mudah menginsafi yang kurang dari perbuatanku.

KAU mengujiku, pasti dengan sesuatu yang ku mampu, kerana Kau Maha Tahu apa yang terbaik untukku.

KAU memberi atau mengambil kembali, agar terhapus dariku rasa memiliki, dan kembali menyedari bahawa pada-Mu akan ku kembali.

KAU mendatangkan gembira atau memberikan duka, agar hatiku tidak kotor dek rasa bangga, dan tunduk merendah pada-Mu dalam semua perkara.

KAU mendugaku dengan ujian, agar diriku lebih teguh beriman, dan lebih kerap menadah tangan, memohon pada-Mu wahai Tuhan.

KAU sahaja yang Maha Bijaksana, mengatur hidupku dengan sempurna, meski diriku kerap terlupa, namun kasih-Mu tak pernah pudar.

Sungguh ampuananMU ku damba dalam meniti hidup ini, merintih kerana debu dosa takut  akhir disana  nanti penuh penyesalan tiada sudahnya.

Jangan KAU biarkan diri hamba terus terleka,,terus berpaling,pimpin daku menuju syurga MU yang kekal abadi.jangan biarkan ku berpaling  hanya dengan sedikit ujian dari MU.

Isnin, 14 Februari 2011

Maulidur Rasul SAW 1432H/ 2011M

Salam Maulidur Rasul SAW.



selawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w.mari sama-sama umat islam,kita memperbanyakan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W..semoga dengan berkat izin Allah dapat menerima   syafaat  nabi di akhirat kelak.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Rasulullah S.a.w pernah bersabda,
 "untuk setiap nabi ada doa (khusus) yang dikabulkan Allah dan aku akan menyimpannya sebagai syafa'ah untuk umatku di akhirat".

Di Padang Mahsyar nanti, tidak ada siapa yang tahan bersesak-sesak bergelumang dengan peluh yang membanjir di bawah terik dan bahang matahari yang sejengkal di atas kepala sementara menunggu dibicarakan di mahkamah Rabbul Jalil.
Masing-masing mengharapkan syafaat atau pertolongan daripada para nabi dan rasul, tetapi hanya Nabi Muhammad s.a.w. yang diizinkan oleh Allah untuk memberi syafaat.






selain itu:-
Untuk mudah mendapatkan syafaatnya, amalkanlah sunnah-sunnah nabi, walaupun yang kecil-kecil.
Ikut cara pakaian nabi, akhlak nabi dan suruhannya.
  • Nabi bila solat tidak pernah memakai baju lengan pendek sentiasa tutup kepala dan kain/seluarnya tidak lebih dari paras buku lali. 
  • Nabi selalu berserban dan berjubah putih. Serban jenis yang dililit di kepala bukan seperti orang Arab pakai sekarang  (yang seperti tudung perempuan).
  • Nabi makan di atas lantai, bukan di meja dan menjilat jari lepas makan.
  • Akhlak mulia Rasulullah SAW mengikut acuan AL-QURAN..

    1. Pemaaf, mengajak pada kebaikan dan berpaling dari orang jahil (QS Al A'raaf(7):199)

    2. Menegakkan keadilan dan kebaikan serta mencegah perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan (QS An Nahl(16):90)

    3. Penyabar (QS Lukman (31):17)

    4. Suka memaafkan dan memberi kesempatan (QS Al Maaidah (5):13)




Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya

Isnin, 7 Februari 2011

ceRitA Cuti..(bAlik kaPum)



seminggu cuti balik kapum(kelate)..besh plak asanya cuti kali nie..apa tak besh nya kalau dah hari-hari ley kuar jalan-jalan,takde lah lepak kat umah je..dah lama asanya tak kuar jalan-jalan tenangkan fikiran.sebelum nie sibuk nge kerja je..kalau masa belajar sibuk nge belajar,dah kerja  sibuk nge kerja plak..mana ada masa nak rest2 nie.

yang besh nya sebab ley lepak nge kawan-kawan..lama asa tak jumpa nge diorang nie..sekali jumpa 2 banyak plak benda nak dibuatnya..
tak sangka perkenalan yang hanya sekejap dulu,masih terjalin sampai ke hari ini..(kira-kira sudah 6@7 tahun- gak lah).


jarang sebenarnya berpeluang jumpa dengan dua sahabt ku nie.cuti kali ini,dengan izin Allah ,dapat gak kami berkumpul  bersama.


jalan-jalan ambil angin dipantai,mendengar bunyi ombak memukul pantai dan deruan angin lembut menghempas badan,sejuk damai terasa dari dasar hati ,memberi sedikit ketenangan saat itu,,walaupun sebentar namun puas menikmati keindahan ciptaan Allah,tiada yang kurang setiap yang datang dari NYA.pastinya memberi manfaat walaupun sedikit .


dah puas ambil angin kat pantai,kami jalan-jalan cari makan lah plak,..
menikmati kesedapan somtam..time kasih pada shbtku su,sudi belanja kami  nie..lain kali belanja ag k..hehe

somtam

berkat nie satu pinggang kongsi  bersama.huhu

masih terasa kepedasan nya itu..huhu
lepas makan ,sebagai pelengkap jalan-jalan tu,pergi plak gedung membeli belah kat pengkaln kubor,
memang lengkap lah aktiviti menghabiskan masa bersama..

kenangan bersama tuk pertemuan kali  ini..


satu-satunya gambar bertiga.huhu
*ramai lagi  kawan-kawan lain yang aku teringin sangat nak jumpa,namun setakat nie tiada berkesempatan lg..
semoga hari itu akan tiba..INSYALLAH..




Khamis, 20 Januari 2011

TigA.......



TIGA Manusia yang paling bahagia 

  • mereka yang memiliki Hati yang meyakini bahawa Allah sentiasa bersamanya
  • Jiwa yang sabar; dan
  • Sikap Qana’ah dengan apa yang dimiliki.(Qana’ah adalah menerima pemberian Allah dengan hai ridha dan tidak risau dengan apa yang luput darinya



TIGA perkara yang dapat menghapuskan dosa adalah :

  • Menyempurnakan wudhuk; walaupun dalam keadaan terlalu sejuk 
  • Melangkahkan kaki untuk melakukan solat berjamaah; dan
  • Menunggu tibanya waktu solat yang kedua selesai mengerjakan solat yang pertama.




TIGA  hal yang dapat meninggikan darjat manusia ialah

  •  Membudayakan ucapan salam (di kalangan kaum muslim);
  • Suka memberi makan kepada tamu dan orang yang lapar; dan
  • Solat tahajjud pada tengah malam saat orang-orang sedang tidur nyenyak.