BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 23 Jun 2011

BilA "ketiAdaan" keRjA..hUhU

























Jumaat, 17 Jun 2011

kUmpULan DaRAh=O

selama hidup lebih kurang 25 tahun,..baru tahu yang kumpulan darah aku adalah dalam kumpulan darah O.
saja post dalam blog nie...kira sejarah dalam kehidupan ak juga lah kan..

DARAH O
ciri-ciri golongan darah o=xtahu lah aku kalau ada sifat-sifat tertentu yang terdapat pada seseorang  yang tergolong dalam kumpulan  darah  o ini ..yang aku tahu aku low profile je..hehe

Isnin, 13 Jun 2011

iLMu peRlU dIkOnGsI

1) Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Di buat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2) Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3) Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4) Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang-orang Mukmin.

5) Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6) Orang yang sudah hilang sifat marah- dayus, cepat melahirkan sifat marah- lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali ditempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7) Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8) Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9) Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNya pula.

10) Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Selamat Beramal!!!



(Buletin Shoutul Iman)

Rabu, 1 Jun 2011

PeNgalAmaN vS kenAnGAn

Penat masih terasa ,seminggu berada di homestay felda..jauh dari kesibukan kota kuala lumpur..bukan bercuti sebenarnya tapi kerana urusan kerja yang membawa aku kesana..tapi satu pengalaman yang baru kepada aku tuk merasai dengan  turut serta dalam program kesihatan bersama-sama dengan penduduk felda itu sendiri..

Pengalaman yang aku sendiri tidak pernah terlintas difikiran selama ini..dengan kerja yang ak lalui hari ini ,betul-betul menyimpang dengan kehendah hati sebenarnya,namun tidak plak aku meletakkan satu jurang pemisah yang tidak menyeronokkan  dalam melakukan kerja hari ini..sebab aku percaya semua  pengalaman dan rezeki hari ini ,adalah anugerah pinjaman dari Allah tuk aku,syukur Alhamdulillah,sekurang-kurang sebelum aku mencari  sudut daerah lain tuk ku kutip pengalaman baru yang lain,pengalaman hari ini mengajar aku erti kehidupan dan kematangan..

Setiap daerah yang aku singgah,akan ku kutip cebisan pengalaman dan kenangan yang terselit di sudut tersebut..dan cebisan-cebisan  itulah yang membawa aku kedaerah yang lain yang penuh dengan cabaran yang tersendiri.kerana aku bukan seorang yang pelupa pada kenangan..

Masih ak teringat kata-kata seorang sahabatku disaat berkongsi rasa yang terpedam.kalaulah aku mampu menghapus kenangan pahit  ,,akan ku buang terus dari kotak minda ini,supaya tidak lagi diingat dan  dikenang,umpama laptop@sistem computer,untuk menhapus data lama,format saja dan data lama akan hilang dari system dan  akan diistall dan isi dengan system  data  dan perisian yang baru..

 Sebagai motivasi mungkin , atau sekadar  memujuk diri ini…kau bijak kawan mengurai kata membuka  ruang untuk ku mentafsir kembali kotak minda ini

 ‘ kalau lah otak dan minda kita(manusia)boleh di format seperti system perisian computer,nescaya kita tidak hidup dalam kenangan,jika kenangan itu lupus dalam ingatan,mana mampu kita belajar melalui kesilapan,sedangkan kesilapan itu berada dalam kenangan’..…sukar plak rasanya otak nie ini memproses  kebenaran yang tersirat dari kata-kata kau kawan..setahu aku ,kau bukan dari aliran sastera yang bijak bermain kata-kata….tapi dalam kesedaran  dan kembali pada dunia yang nyata,aku mengiyakan ..terima kasih kawan,kau mengajar aku bukan saja  erti persahabatan ,namun kau ajar aku erti mentafsir hidup dengan betul.

hiasan semata

Rk says….:

Apa lah yang aku bebelkan pun aku xpasti,kejap pasal kerja,masuk pengalaman dan kenangan,sahabat..huhu..:-)

Dua tiga cerita diadun menjadi satu begitulah gamok nye..:-)

Mungkin kita berkongsi pengalaman yang sama namun perceritaan nye berbeza

Simpan lah kenangan ,walaupun pahit yang dirasa dalam kehidupan hari ini,bila ia hidup dalam dunia kenangan ia mungkin menjadi satu cerita yang menarik dan manis..siapa taw kan?