BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 23 September 2010

kEikhlAsAn+kEbEnArAn+kEmAtAngAn===========kEhIdUpAn=========



cinta milik ALLAH
hadirnya cinta juga kerana ALLAH
sesungguhnya ALLAH lah mencampakkan cinta
pada hati manusia
tuk mencintai manusia sekeliling
dan semoga disebabkan cinta NYa juga kita
akan dimasukkan ke Syurga ALLAH
semoga diriku dan kalian mendapat cinta itu..ameen









cerita tentang persoalan cinta.....

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.


Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,



"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.


Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..


Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..


Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..


Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "


persoalan hati ini juga ujian dari allah
kepada kita hambaNYa
setiap kita pasti pernah diuji dengan ujian sebegini
semoga kita bijak dan ikhlas menagani nya..

Selasa, 21 September 2010

gOLD@KeEmAsAn

"selamt hari lebaran
sanak saudara jauh dan dekat
semua pulang ke kampung
dan ini lah hasilnya"..



persekitaran juga telah mengoldkan kami(xde pom ak dalam pic ini)





wah..msti meriah setiap kali merayakan hari raya bersama-sama sanak saudara dikampung
setahun hanya sekali.syawal datang dan pergi,namun hari raya ,hari yang kami semua berkumpul bagi memeriahkan hari raya..
raya tahun ini 2010, family besar aku memilih tema gold sebagai pakaian rasmi di pagi raya pertama...

gold-sungguh menceriakan,begitu lah boleh digambarkan di wajah setiap ahli keluarga,tidak kira kecik besar,tua dan muda semua nya kelihatan 'gold' ..huhu

kalau semua berkumpul,sah-sah lah riuh rendah rumah nenek kami tu..tapi itu juga lah yang kami rindukan setiap tahun.

paling menarik tema tahun ini lah.'kaler gold'...
nak dijadikan cerita ,raya tahun nie semua nya kelihatan gold ,kemana-mana saja kami pergi beraya ,menziarahi rumah sanak-saudara kat kampung,persekitaran juga kelihatan warna yang sama,bagaikan merestui tema kami sekeluarga..




gambar yang men'goldkan' kami..hehe








Ahad, 5 September 2010

SelAmAt HaRi rAya MaAf zAhiR& BatIN

salam




buat semua muslimin dan muslimat.tahun ini sekali lagi kita semua umat islam akan menyambut hari raya.setelah hampir sebulan kita berpuasa dan akhirnya hari raya menjelang tiba..semoga hari-hari kita semua akan diredhai dan diberkatii Allah swt..

hari raya merupakan hadiah Allah kepada kita hamba-hambaNYa.ganjaran berpuasa di bulan ramadhan.sesunguhnya hari raya merupakan hari yang indah dan ceria.semua nya berpakaian indah belaka,jelas diwajah keindahan dengan senyuman dipagi raya...

di hari raya ini lah,kita dapat melihat semua ahli keluarga berkumpul untuk merayakan hari raya yang berbahgia ini..yang jauh yang dekat semua pulang ke kampung bagi memeriah kan suasana dihari raya..di hari rayalah ,semua sanak saudara boleh bertemu muka dan bergurau senda,keran mungkin sebelum ini semua sibuk dengan urusan kerja masing-masing..dikesempatan hari yang mulia ini lah,semua kaum kerabat,sanak saudara,rakan taulan bersua muka ,bermaafan dan menceriakan suasana dengan cerita selama tidak berjumpa.

semoga sambutan hari raya tahun ini akan menjadi kenangan yang terindah buat kita semau.dikesempatan di bulan yang baik ini,ku juga ingin memohon sejuta kemaafan..

akhir kata
' selamat menyambut hari raya maaf zahir& batin"